0

Muat Turun Keyboard Xperia Z3 Untuk Telefon Pintar Xperia Anda

Friday, October 24, 2014
Share this Article on :
Keyboard pada telefon pintar Xperia merupakan antara keyboard terbaik pernah kami gunakan selain daripada Google keyboard (Android L). Antaramuka yang ringkas tapi menarik, ianya sangat mudah untuk digunakan dan selesa ketika menaip berbanding keyboard lain yang ada di dalam playstore.
Pengenalan Xperia Z3 baru-baru ini membawakan pelbagai perkara baru termasuklah beberapa aplikasi khas Sony yang telah dikemaskini dan ditambah baik. Antara yang menarik perhatian ialah keyboard pada telefon pintar Sony tersebut yang merupakan versi terbaru dan lebih stabil.
Pembangun di XDA Dev telah pun berjaya mengeluarkan file Keyboard Xperia Z3 dan mengubah suai file keyboard tersebut supaya dapat berfungsi dan sesuai dengan telefon pintar Xperia yang menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan keatas.Tiada sebarang perubahan ketara yang dapat dilihat melainkan ini merupakan versi lebih baharu berbanding yang ada di Google Play Store.
Malangnya, buat masa ini ia hanya untuk  pengguna yang mempunyai akses root dan custom recovery pada phone masing-masing sahaja. File Keyboard Xperia Z3 ini dikongsikan dalam bentuk zip file dan perlu di flash melalui custom recovery seperti TWRP atau CWM recovery.
Bagi yang berminat, muat turun zip file keyboard tersebut melalui pautan dibawah :


Artikel Terkait:

0 comments:

Post a Comment